Friday 30 March 2012

KGT 2013





NAMA SEKOLAH


KERJA KURSUS GEOGRAFI
2012

PERNIAGAAN RUNCIT DI TAMAN SELASIH 09000 KULIM.

NAMA MURID:___________
TINGAKATAN:_____________
NAMA GURU:_______________





SENARAI KANDUNGAN


TAJUK : AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT (PENJAJA KECIL) DI KAWASAN 
               BANDAR KULIM.



BIL.
TAJUK
MUKA SURAT
1.
PENGHARGAAN
2.
PENDAHULUAN
3.
OBJEKTIF KAJIAN
4.
KAWASAN KAJIAN
5.
KAEDAH KAJIAN
6.
DAPATAN KAJIAN
 (6.1)Konsep dan jenis perniagaan runcit.
(6.2)Kepentingan perniagaan runcit
(6.3)Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit.
(6.4)kesan negatif perniagaan runcit.
(6.5)cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.
7.
RUMUSAN
8.
LAMPIRAN
9.
RUJUKAN




PENGHARGAAN
Sekalung budi dan ucapan terima kasih ingin saya tujukan kepada mereka yang telah banyak membantu saya sepanjang kajian dijalankan.
     Terlebih dahulu,saya ingin berterima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah , Puan Mazmin binti Mohammad yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
     Selain itu,saya ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada guru Geografi saya,Puan Zuliana Binti Zubir yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini selesai.
     Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa iaitu Hashim Bin Said dan Norfaezah Binti Idris yang telah memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
     Ribuan terima kasih kepada rakan kumpulan saya iaitu Shahril Efendi , Shahrizal , Noor Aryani dan Norul Afiqah yang telah bersama – sama menjalankan kajian ini.
     Akhir sekali,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua respoden kerana telah memberi bantuan dan kerjasama yang baik keapda saya dan rakan-rakan.




PENDAHULUAN

Saya Muhammad Hisyam Bin Hasahim murid tingkatan 3 Viva telah memilih tajuk “Aktiviti Perniagaan Pasar Malam di Desa Melor,Serendah,Selangor.
Saya dan rakan-rakan telah memilih Pasar Malam di Desa Melor kerana kawasan kajian ini terletak berhampiran dengan rumah saya iaitu 4 kilometer.Ini  memudahkan kajian dibuat.
Dalam kajian ini,kami ingin melihat kepentingan perniagaan runcit , faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit,dan  kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.Saya dan rakan-rakan telah bekerjasama dengan erat untuk memastikan kajian kami dapat dijalankan dengan cepat dan tepat.
                Kami telah melawat ke kawasan kajian beberapa kali untuk membuat pemerhatian.Kami juga telah memilih 20 responden untuk menjawab soal seldik yang telah disiapkan.




OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :
(1)Mengkaji konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian.

(2)Mengenal pasti kepentingan perniagaan runcit.
  
(3)Menghuraikan Faktor yang mempengaruhi perniagaaan runcit.

(4)Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit.

(5)Merumus cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.




KAWASAN KAJIAN

            Saya telah memilih Desa Melor sebagai kawasan kajian saya.Desa Melor terletak kira-kira 5 km dari Bandar Rawang.Perjalan ke sekolah mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah.Kawasan taman saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan yang baik.
                Keluasan kajian saya meliputi _____ km persegi.(Rujuk peta lakaran) . Pertempatan di kawasan Desa Melor agak pesat disebabkan bentuk buka bumi.Kawasan kajian ini terdiri daripada tanah beralun dan rata sesuai untuk petempatan,perniagaan,perhubungan dan sebagainya.Begitu juga,galakan penanaman getah dan kelapa sawit dijalankan di tanah beralun.
                Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk kawasan kajian ini.Antara kemudahan yang disediakan ialah tadika ,surau , balai raya ,  bekalan elektrik dan kemudahan kesihatan . Pekerjaan utama penduduk ialah terlibat dalam sektor perkilangan , perniagaan dan professional seperti guru , peniaga runcit dan sebagainya.

Peta Desa Melor , Serendah , Selangor .


[Peta Daerah Hulu Selangor]
KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian,saya bersama rakan – rakan berbincang tentang kaedah-kaedah yang dapat kami gunakan semasa membuat kajian.Antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah:
(a)  Pemerhatian:Saya membuat pemerhatian tentang  perniagaan runcit di kawasan kajian dan mengenal pastikesan negatif perniagaan runcit.

(b) Temu bual:Saya menemu bual 3 orang pengunjung untuk megetahui  jenis-jenis perniagaan runcit di kawasan kajian.

(c)Soal selidik:Saya menyediakan satu set soal selidik untuk diajukan kepada 20orang responden di kawasan kajian.Kandungan soal selidik tersebut adalah seperti dalam Lampiran 1.



DAPATAN KAJIAN
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
                Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ialah perniagaan secara kecil-kecilan.Sebagai contoh kuih muih,pelbagai jenis minuman,pakaian,barang kering malahan juga barang basah.Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
               Terdapat banyak kepentingan perniagaan runcit.Salah satu daripadanya ialah menyediakan peluang pekerjaan. Pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga bahan basah seperti ikan memerlukan tenaga kerja yang agak banyak,Oleh itu peniaga akan mencari pekerja.

JENIS BARANGAN
JUMLAH GERAI
Makanan
20
Minuman
20
Kasut/pakaian/kain
25
Ayam/daging/ikan
18
Buah-buahan
15
Sayur-sayuran
17
Aksesori
11




Selain itu,meningkatkan taraf hidup dan pendapatan. Perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.Daripada temu bual saya,peniaga mendapat sekurang-kurangnya 5 ribu sebulan.
Disamping itu,memudahkan penduduk tempatan membeli barangan. Pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke pasaraya yang jauh daripada pertempatan.Ini juga  dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.
Selanjutnya,membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan.Pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.Melalui ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara.
Kepentingan yang akhir ialah dapat menyediakan barangan segar. Pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.
            Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian ialah governan. Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat akan keperluan dan keselesaan peniaga.Selain itu, modal juga memainkan peranan penting. Pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 sehingga RM 300 untuk berniaga di pasar malam ini.
            Kemudahan infrastuktur adalah faktor yang ketiga.Antaranya tempat perniagaan yang selesa dan strategik,tempat meletakkan kenderaan yang luas, dan tempat permbuangan sampah yang sistematik.Selanjutnya,pertambahan penduduk.Kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.Penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar malam ini.
            Faktor yang lima ialah darjah ketersampaian. Lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.Faktor yang terakhir ialah kesesuaian waktu berniaga.Pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari selasa dan jumaat iaitu bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada 10.30 malam.
Terdapat beberapa kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.Pertama ialah masalah sosial. Pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan. Terdapat juga pelanggan juga mencuri barang perniagaan.
Kedua,. persaingan dengan kedai runcit tempatan.Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.
Kesan yang ketiga ialah pencemaran.Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.Keempat, Kesesakan lalu lintas. Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
Harga tanpa kawalan ialah kesan yang keenam.Kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.Yang terakhir,barangan tidak berkualiti.Terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.Contohnya,jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT
1.Masalah sosial.
2.Persaingan dengan kedai runcit tempatan.
3.Pencemaran.
4.Kesesakan lalu lintas.
5.Harga tanpa kawalan.
6.Barangan tidak berkualiti.


        Cadangan untuk mengurangkan kesan perniagaan rucit ialah para peniaga hendaklah mengamalkan Sikap menjaga kebersihan bagi menjaga kebersihan alam sekitar.
            Selain itu,kerajaan mesti kerap memantau keadaan kawasan perniagaan runcit seperti memantau harga dan tahap kebersihan dan menyediakan tempat meletakkan kenderaan yang khas.
            Kerajaan juga mesti menguatkuasa undang-undang dan mengenakan tindakan kepada peniaga yang ingkar.
            Di samping itu,PTB atau persatuan penduduk harus memainkan peranan dan pemantauan untuk mengurangkan masalah sosial yang berlaku.
            Akhir sekali,kerajaan harus mewujudkan kawasan pembuangan sampah  khas bagi  perniagaan runcit bagi memudahkan sistem pembuangan sampah yang lebih efektif.




RUMUSAN
Kajian yang  telah  dijalankan di Pasar Malam Desa Melor , Serendah telah memberi pengalaman yang sangat berguna untuk saya.  .
                Kajian ini membolehkan saya mengenali Pasar Malam Desa Melor dengan lebih mendalam lagi.Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk di Desa Melor.Perniagaan runcit yang dijalankan banyak memberi kebaikan kepada penduduk di sini.Contohnya,memajukan kawasan pertempatan,menyediakan peluang pekerjaan,menyediakan kemudahan sosial,dan meningkatkan jaringan perhubungan.
                           
Walau bagaimanapun,perniagaan runcit telah mendatangkan pelbagai implikasi buruk.Contohnya,masalah social,pencemaran,kesesakan lalu lintas dan harga tanpa kawalan.
                Oleh yang demikian.adalah tanggungjawab kita untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya agar dapat menikmati hasilnya.



LAMPIRAN
LAMPIRAN 1:BORANG SOAL  SELIDIK

BIL
NAMA PENIAGA
UMUR
BARANG YANG DIJUAL
1.
HASNOL BIIN BASRI
40
MAKANAN
2.
HASSAN BIN ALI
36
IKAN
3.
ZAINAB BINTI RAHMAN
47
AYAM
4.
NIZAM BIN AHMAD
61
PAKAIAN
5.
ROKIAH BINTI ZAINAL
54
MINUMAN
6.
AMIR BIN FAEZ
45
SAYUR-SAYURAN
7.
KHAMIS BIN ABU
32
PEKAKAS DAPUR
8.
AWANG BIN CAT
34
AKSESORI
9.
RABIATUL BINTI GAZALI
31
MAKANAN
10.
RAFIDAH BINTI ZAINOL
26
AYAM
11.
MOHAMMAD BIN MD NOH
39
DAGING
12.
ZAINAL BIN ZAINI
45
BUAH-BUAHAN
13.
YATI BINTI RABU
32
SAYUR-SAYURAN
14.
ASYIKIN BINTI MALIK
25
AKSESORI
15.
ADAM BIN MUSA
39
MAKANAN
16.
AZNOT BIN ISNIN
40
MAKANAN
17.
DANIEL BIN MAIDIN
54
PAKAIAN
18.
ZOLHAIMI BIIN HELMI
38
SAYUR-SAYURAN
19.
KAMARUDDIN BIN ZAINUDDIN
52
PERKAKAS DAPUR
20
FARHANIZA BINTI ISA
41
BUAH-BUAHAN



RUJUKAN

(1)Temu bual dengan responden.
(2)Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4
(3) Google.com
(4) Orang Rujukan , Puan Zuliana Binti Zubir.

1 comment: